Saturday, April 24, 2010

Pertemuan Unit E Dengan SUB (BPPK)

24 April 2010 (Sabtu, 9 Jamadilawal 1431H)

Semalam, Jumaat, En Khalid b. Abu Bakar, Setiausaha Bahagian (BPPK) mengadakan perjumpaan dengan semua pegawai Unit Penilaian (E) buat pertama kalinya. En. Khalid joint BPPK pada1 April 2010. Dia nak tahu apa isu yang dihadapi oleh pegawainya. So dia mengadakan meeting dalam group yang kecil dan khusus supaya lebih mudah untuk mengetahui apa yang berkocak dan bergolak.

Dalam meeting ini aku menjelaskan carta alir persediaan dan pelaksanaan PTK Kaedah Pencerapan di Kolej Matrikulasi. Ni merupakan suatu kaedah PTK yang baru dan tiada apa-apa dokumen yang boleh dibuat benchmark.

Rumusan yang aku buat hasil daripada meeting itu:
1) Dia memberi cara bagaimana nak mengutarakan isu yang timbul.
Senaraikan isu, cadangan penyelesaian dan keputusan (dibuat oleh mesyuarat pengurusan tertinggi BPPK, mungkin)
2) Setiap pegawai perlu buat Gap Analysis bagi diri sendiri.
Senaraikan semua prosedur yang terlibat dalam Unit E dan letakkan skala markah 1 - 10. Berdasarkan pengetahuan dan kemahiran, beri markah kepada diri sendiri bagi setiap prosedur. Di hujung tahun, nilai sekali lagi tahap kepakaran bagi setiap tugas di Unit E.
3) Dia akan melihat semua CV pegawainya. Dia menggalakkan semua pegawainya menyenaraikan sumbangan, pengalaman dan kemahiran dalam CV masing-masing.
4) Pegawai perlu faham istilah dan terminologi yang digunakan dan kaitkan dalam konteks yang digunakan. Dasar, istilah baru KPM mesti difahami. Search internet, dapatkan maksud daripada pelbagai sumber.

Itulah beberapa perkara yang dapat aku catatkan. Insya Allah, aku akan membuat saranannya. Turut serta dalam meeting ni adalah Cik Hjh. Rokiah, TSUB (PK).
Free Signature Generator
Free Signature Generator

MUET di SMK Perimbun (Izzah)


24 April 2010 (Sabtu, 9 Jamadilawal 1431H)

Hari ini Izzah ada peperiksaan MUET di SMK Perimbun, Cheras, Kajang, Selangor. Exam mula pukul 8 pagi hingga 12.30 tgh. Pukul 7.00 pagi dah keluar rumah.

Lepas aku hantar Izzah, aku gi bayar credit card HSBC (RM1,000.00) kat Taman Kajang Prima. Tu sikit aje kerana banyak yang sangkut lagi. Lepas tu gi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Perhentian Bas Kajang, Jalan Reko (Kajang - Bangi). Nak settle income tax tapi tak juga settle kerana ofisnya tutup pada hari Sabtu walaupun dah nak penghujung date line. Terpaksalah gi hari Jumaat ni (30 April 2010), balik dari out station kat Port Dickson. Semoga semua cabaran yang mendatang dapat diatasi.

Free Signature Generator
Free Signature Generator