Friday, May 07, 2010

Bye bye PTK Bil.1/2010. Welcome PTK Bil. 2/2010

7 Mei 2010 (Jumaat, 22 Jamadilawal 1431H)

Syukur kerana aku dah selesai menguruskan pemeriksaan dan pemprosesan markah PTK DG52 pada 5 Mei 2010. Jumlah calon PTK DG52 Bil. 1/2010 adalah 341 orang. Calon baru (first timer) 316 oang (92.67%) dan Calon Ulangan adalah 25 orang (7.33%).

Dalam kesibukan aku menguruskan pemprosesan markah, aku juga sempat membuat persiapan untuk bengkel penggubalan soalan PTK pada minggu depan (10 - 14 Mei 2010).
  1. Aku dah selesai buat mapping Sukatan PTK DG52 bidang P&T di Bahagian-bahagian KPM, JPN dan PPD. Aku harap ianya dapat membantu penggubal aku.
  2. Soalan cadangan daripada calon PTK bil.1/2010 telah siap difotostat buat semua penggubal aku. Soalan itu akan dibincang dan dicincang supaya soalan yang lebih berkualiti dapat dihasilkan.
I am ready for that workshop.
Free Signature Generator
Free Signature Generator

Monday, May 03, 2010

Pemeriksaan Kertas Jawapan PTK Bil. 1/2010

3 Mei 2010 (Isnin)

Hari ni baru masuk ofis setelah selesai mesyuarat pemeriksaan kertas jawapan PTK di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan. 5 hari 4 malam duduk kat situ.

Berbagai isu timbul berhubung pelaksanaan mesyuarat ini. Aku malas sangat nak campur tangan/ buat sibuk-sibuk sebab orang pun tak minta pandangan aku. Aku cuma jaga pemeriksaan bagi gred aku saja iaitu DG52. Aku mahu semuanya berjalan lancar dan tiada kesilapan berlaku. Sebelum pergi ke PD, aku dah siapkan senarai calon PTK bagi setiap pemeriksa. Ketua-ketua pemeriksa check in 2 malam lebih awal daripada pemeriksa. Jadi sempatlah aku tandakan kertas jawapan calon sebelum diserahkan kepada pemeriksa. Pemeriksaan bagi kumpulan aku lebih smooth kerana pemeriksa boleh fokus kepada pemeriksaan. Urusan pentadbiran aku cuba kurangkan daripada mengganggu pemeriksa.

Selagi markah belum di key in sepenuhnya, hati aku risau dan gelisah kerana berlaku kes:
  • calon dicatatkan tidak hadir tapi kertas jawapannya ada;
  • calon hadir tapi tiada kertas jawapannya;
  • pemeriksa lupa rekodkan markah calon pada borang markah.
Kes-kes terpencil sebegini yang merosakkan imej BPPK khasnya Unit E.

Mengikut perancangan awal, pemeriksa akan membawa pulang kertas jawapan untuk diperiksa di rumah. Tapi berlaku perubahan plan di saat akhir (gara-gara orang nak pencen). Seboleh-bolehnya dia mahu result PTK dibawa ke mesyuarat Lembaga PTK KPM untuk perakuan sebelum dia bersara. Ni bermakna kami, pegawai Unit E cuma ada 1 bulan saja untuk buat pemprosesan markah selepas tarikh peperiksaan. Tak pernah dibuat orang (Piagam Pelanggan kami 3 bulan). Bukan pemprosesan markah aje tugas utama kami. Minggu berikutnya mesyuarat penggubalan. Buat jugalah setakat yang terdaya disamping membuat persiapan untuk mesyuarat penggubalan. Kesudahannya ? Sama-samalah tunggu.

Mesyuarat post mortem pada hari ini membuat keputusan bahawa pemeriksaan kertas jawapan PTK akan dibuat secara berpusat (seperti amalan sebelum ini) kerana banyak sangat isu timbul seperti penghantaran semula kertas jawapan dan aspek keselamatan dan kerahsiaan kertas jawapan itu. Tempoh mesyuarat perlu dipanjangkan sehari lagi (5 malam 6 hari).

Hari ini juga Azah Mastura mengajar kami bagaimana untuk memproses markah calon (guna templet). Penjelasan seterusnya akan disusuli dengan hands on (masing-masing pegawai membuat untuk gred masing-masing), dapat ilmu baru.
Free Signature Generator
Free Signature Generator