Wednesday, February 10, 2010

DEDIKASI BUAT WIRA KPM

25 Safar 1431H (Wednesday)

HILANGNYA SEORANG WIRA TERBILANG?

Dedikasi Buat Y. Bhg Datuk Hj. Kamaruzaman b. Mohd Noor, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPM (16 September 2008 - 25 Januari 2010)

Datang mu membawa misi besar,
Misi yang akan merobah landscape Kementerian,
Merobah bukan sahaja cara kerja,
Cara mengatur kerja,
Malah juga cara untuk bekerja
Seakan pelik bunyinya ...
Tetapi begitulah
Datangmu membawa cara kerja Sayidina Abu Bakar
Yang tidak mendakwa bahawa dirinya yang terbaik,
Tetapi ingin membuat yang terbaik
Misi yang tidak mendakwa sentiasa betul
Tetapi ingin mengelakkan dari berbuat salah
Itulah model pengurusan yang engkau namakan sebagai
Pengurusan Pintu terbuka ...

Pertama melangkah dengan menggalas misi besar beserta
akujanji akan melunaskan kononnya hutang yang mantannya tidak termampu melaksanakannya.
Nah ..... tempoh 40 hari yang keramat
telah berjaya mencapai impian
dan
memadam keluhan bukan lagi ribuan ....
malah puluhan ribu warga KPM
yang kehausan kenaikan pangkat, perjawatan
pemangkuan dan entah apa lagi ...
Engkau buktikan bahawa janji mulut
tidak bisa lagi dipermaniskan ...
buatlah .... laksanakanlah .....
dan
tunjukkan .......
engkau telah buktikan
walaupun dengan
dengusan, rungutan, rasa geram ...
malah rasa amarah yang amat sangat .......
kerana hulubalang mu membayar harga yang tinggi !!!!!!!!!
masa .... tenaga dan wang ringgit .....

Tiba di sini membawa banyak benda yang pelik,
tetapi nyata akhirnya benar belaka ....
Sebut sahaja istilah :
Sistem satu-satu
Gunalah templet
Contohilah Thomas Edison dengan lampunya
(bukan lampu Aladdin)
Alexander Graham Bell dengan telefon
(selepasnya telefon mudah alih) dan
Henry Ford dengan ideanya membina model kereta ...
Pasti tiap anak buahnya akan mendapat celik akal,
Betapa di sebalik kata-kata, pesan dan
ingatan yang kekadang begitu sinikal, tetapi ketahuilah ...
Banyak yang kami pelajarinya ....
Banyak yang fahaminya ...

Seterusnya langkahmu menujah lebih jauh .....
Kami didendang lagi dengan tiupan azam yang lebih nyaring :::
Beriadahlah tujuh kilometer sehari dengan zikir dan tasbih;
Berpuasalah ...
Isnin - Khamis,
Bulan Cerah,
Bulan Gelap,
Rejab, Syaaban dan Ramadhan
Hari Arafah;
Dan entah hari-hari apa lagi
Yang jumlah harinya bukan calang-calang
Menjangkau hampir 200 hari setahun !!!!

Ciptalah rekod akaun keluarga .....
Buatlah yang terbaik, jangan takut
Untuk kita semua berkreatif dan berinovasi ....
Katakanlah yang benar,,,,, walaupun pahit dengarnya ....
Berilah idea dan pandangan ...
jangan menjadi YES Man .....
Pedulikan apa orang kata .... kerna hanya mulut botol sahaja
Yang boleh ditutup
Kerna kita bisa mendapat pahala kering .....
Tempoh singkat wira gemilang di sini
bukan tempoh untuk bermain-main
bukan tempoh untuk berpesta pop yeh-yeh .....
Tempoh ini engkau;
.... Hasilkan Pelbagai buku dan modul,
.... Ciptakan Pelbagai panduan dan templet
.... Engkau lahirkan fact sheets ....
.... Engkau perkenalkan Borang Kawalan Kerja
.... Engkau mantapkan KPI ...
.... Amalkan Boundary Management
Engkau pisahkan: kerja kita ... kerja kita ...
Jangan buat kerja orang .....
Engkau laksanakan Walk The Talk:
Bikin serupa cakap ...... dan cakap serupa bikin
Engkau piawaikan Date line, timeliness dan time-frame ...
Engkau bukukan data dan fakta ...
Cakap dan air liur tak laku, perlu tulis,
perlu rekod dan perlu dokumenkan.

Kini wira terbilang akan meninggalkan kita dalam tempoh hanya lagi sedetik .....
Wira yang membentuk kita membina dan menguatkan jati diri
Wira yang berperang membela kita semua ....
Wira yang marah bertempat.
Wira yang tidak jemu-jemu memberi:
Tunjuk ajar;
Wira yang sudi berkongsi pengalaman suka duka ...
Wira yang tidak lokek ilmu dan kemahiran ...
Wira yang mampu melentur buluh matang ....
Wira yang menutup kepala tembus ...
Dan katakan apa sahaja,
Wira terbilang pasti ada jawapan.

Pergimu wiraku, pergi bermaruah ...
Pergi meninggalkan jasa gemilang ... bukan tembelang ...
Pasti kami tidak melupakan betapa:
Legasi ... warisan .... dan khazanah terbilang
Yang engkau semai ... engkau bajai ....
dan engkau sirami ....
akan terus terpahat, terpaku dan tersemat
dilibuk hati kami semua.
..... kami warga kerja Sektor Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan).

Sesungguhnya Wira Terbilang tidak hilang ke mana-mana ..
Kalau benih yang baik,
jatuh ke laut tetap menjadi pulau ...
Pulau yang terus mencipta legasi kemilau .....


Ilham cipta:
Cr. Hj Masbah Dato' Hj Mohd Taha
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya. (250120100

Sajak ini dibacakan semasa majlis perpisahan Datuk Kamaruzaman di KPM. Aku amat terharu dan terpukau dengan bait-bait yang dikarang. Semuanya menceritakan pengalaman kerja bersama Datuk Kamaruzaman.
Dalam perjumpaan pertama beliau dengan stafnya sehingga peringkat Penolong Setiausaha (PSU) gred 41 di KPM, beliau telah menyatakan prinsip kerjanya, the Do's and the Don't. Aku suka cara kerjanya.
Berdasarkan pengamatanku, beliaulah Timbalan Ketua Setiausaha (Pentadbiran) KPM pertama yang sering muncul dalam perhimpunan bulanan KPM dan lain-lain majlis di KPM hingga aku boleh kenallah dia. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.

0 comments:

Post a Comment