Monday, February 08, 2010

PERSEDIAAN PTK SIRI 1/2010


22 Safar 1431H, Ahad

Aku baru aje balik daripada out station selama 5 hari 4 malam. Aku menguruskan mesyuarat penggubalan item di Hotel Blue Wave, Shah Alam Selangor. Ini adalah aktiviti pertama dan salah satu persediaan bagi menghadapi PTK pada 17 April 2010.

Pada tahun ini, En Najib, KPSU (E) membuat perubahan tugas PSU (E). Kami ada tugas teras dan tugas fungsional. Tugas teras bemaksud semua PSU (E) perlu melaksanakan penggubalan item/ soalan, pemeriksaan skrip jawapan dan gabungan markah bagi 1 gred jawatan. Kaedah ini dapat memberikan ilmu, pengalaman dan kemahiran kepada pegawai. Tugas teras aku adalah menguruskan soalan, pemeriksaan dan pemarkahan bagi gred DG52. Manakala tugas fungsional aku adalah menguruskan PTK di Kolej Matrikulasi.

Hanya 12 penggubal terlibat bagi penggubalan item bagi DG52 pada kali ini. Tidaklah terbeban sangat jika dibandingkan semasa aku menguruskan penggubalan bermula Mac 2006 hingga April 2008. Tetapi aktiviti dalam planner aku memang padat kerana banyak perkara yang perlu diuruskan selain daripada penggubalan item.

Pada tahun ini, PTK dijalankan secara peperiksaan bertulis (2 kali setahun), tiada lagi penilaian Public Speaking, Pengurusan Kerja dan Persembahan Kumpulan. Ini menjadikan skor calon bergantung 100% ke atas peperiksaan bertulis. Cabaran pada Unit E adalah menyediakan dan memastikan calon mempunyai peluang untuk memilih soalan yang berkaitan tugas yang dilaksanakannya. Bukan mudah nak mapping topik-topik dalam sukatan PTK kerana sukatan telah digubal berkonsepkan Job based and Work place dan pelbagai jawatan dan tempat bertugas yang ada dalam KPM. Anyway kami di Unit E berusaha sedaya upaya untuk mencapai hasrat itu. Pada aku, the best penilaian adalah melalui kaedah pencerapan. Tapi entah bilalah perkara ini terjadi di KPM.
Free Signature Generator
Free Signature Generator

0 comments:

Post a Comment