Monday, January 25, 2010

HILANGNYA WIRA KPM


9 Safar 1431H, Monday

1 tahun 4 bulan 9 hari, itulah tempoh perkhidmatan Y.Bhg. Datuk Kamaruzaman bin Hj. Mohd Noor, Timbalan Ketua Setiausaha (P) di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Satu majlis perpisahan telah diadakan untuk beliau pada hari ni di Dewan Serbaguna, Aras 9 Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, PUTRAJAYA. Semua pegawai yang berada dalam tanggungjawabnya bermula dengan Penolong Setiausaha (PSU) telah dijemput hadir.

Bhg. Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (BPPK) berada dalam jagaannya. Aku amat bertuah kerana mendapat seorang pemimpin yang tidak loket ilmu. Beliau mencurah ilmu, berkongsi pengalaman, memberi tunjuk ajar sehingga ke peringkat PSU.

Ucapan terakhir beliau masih penuh dengan kata-kata nasihat. Antara nasihatnya:
  • Buat tugas kita. Ketahui setakat mana (sempadan) kuasa kita. Jangan buat kerja orang.
  • Sesuatu keputusan harus dibuat secara bersama (collective responsibility), biar mesyuarat yang membuat keputusan.
  • Vision kita dalam melaksanakan tugas mesti jelas.
  • Ketahui apa problem statement.
  • Amalkan Sistem Satu Satu semasa menguruskan tugas.
  • Rekodkan apa yang kita lakukan kerana orang suka tuduh. Let's data speaks by itself.
  • Tentukan apa dasar/ polisi dalam melaksanakan tanggungjawab.
  • Adakan Fact Sheets kerana ianya dapat memudahkan pegawai baru menjalankan tugas.
  • Borang Kawalan Kerja merupakan satu bentuk tracking.
  • Respect Boss. Berbincang/ maklum kepada bos.
  • Terima apa saja keputusan yang dibuat oleh bos.
  • Sebelum membuat apa-apa keputusan, siasat dan kumpul bukti.
Itulah antara pesanan terakhir Y.Bhg. Datuk Kamaruzaman.

Sebenarnya beliau ingin bersara di KPM. Perkhidmatannya tinggal kurang daripada 2 tahun aje. Beliau juga telah buat perancangan apa yang akan dilakukannya di KPM sebelum beliau bersara. Kehadiran beliau di KPM dengan membawa 3 fokus iaitu
  1. Menyelesaikan urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP);
  2. Menyelesaikan urusan perkhidmatan;
  3. Menyelesaikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Bagi diriku, pemergiannya ke Kementerian Pengangkutan merupakan suatu kehilangan buat KPM.
Free Signature Generator
Free Signature Generator

0 comments:

Post a Comment